"Ketika aku meminta BANTUAN, Tuhan memberikan aku peluang, kerana melaluinya aku mulai mencuba.
Ketika aku meminta KEMEWAHAN, Tuhan memberiku akal untuk bekerja, kerana melalui berfikir aku mula melihat cara.
Ketika aku meminta KEJAYAAN, Tuhan memberikan aku kegagalan, kerana melaluinya aku membaiki kesilapan.
Ketika aku meminta KEBIJAKSANAAN, Tuhan memberiku masalah untuk diselesaikan, kerana melaluinya aku mendapat pengalaman.
Ketika aku meminta KEKUATAN, Tuhan memberikan aku kesukaran, kerana melaluinya aku membina kekentalan diri.
Ketika aku meminta KETABAHAN, Tuhan memberiku rintangan untukku hadapi, kerana melaluinya aku akan teruji.
Ketika aku meminta CINTA, Tuhan mempertemukan aku dengan insan-insan yang memerlukan bantuan, kerana melaluinya perasaan cinta bermula penuh keikhlasan.
Betapa berharganya segala yang aku alami, kerana Tuhan tidak pernah memberi apa yang aku minta. Tetapi aku menerima segala yang aku perlukan.
Terima kasih Tuhan.....Tanpa aku sedari aku telah menerima segala-galanya"
4 comments:
yer kak..so minah salleh eheh
cantik rambut dia..hihihi..perang nyer =)
ooppssss..lupa..salam kenal..ila follow sini =)
Mama Ila, terima kasih atas kunjungan...salam kenal ya
Post a Comment
Glad to her from something from you...:)