CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 18, 2013

::How to Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk::

Alhamdulillah, setelah lebih kurang 14 hari saya on off baca buku ni, sampai juga ke penyudahnya. Ini buku pertama saya baca dalam tahun 2013 ni. Hajat di hati nak baca 25 buah buku. Tahun lepas target 20 sahaja, itupun tak berjaya. 2013 ni, saya upkan 5 dan harapnya Allah izinkan saya berjaya mencapai target yang tak seberapa ini...dan lebih penting, saya dapat amalkan apa yang baik dari pembacaan yang dibuat...Amiinn

Ini komen saya dalam rak buku online saya di Goodreads:

How to Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will TalkHow to Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk by Adele Faber
My rating: 5 of 5 stars

A wonderful parenting book. It teaches us to be positive all the time with our children. It is just like 'treat others the way you want to be treated'. And who doesn't want to be treated nicely and fairly right. There's lots of challenges to be a good parent, yet there's no stopper to try to be one. I love this book so much! It gives lots of ideas and ways to deal with my children. May Allah grants me the chances to apply the skills. Amiin...

Secara kasarnya, buku ini mengajar kita bagaimana kita berkomunikasi dengan anak-anak. Sudah semestinya bukan dengan cara marah atau apa sahaja tindakan negatif. Fikir-fikir balik, dan melihat dengan contoh-contoh yang dikongsi dalam buku ini, semuanya tidak mustahil. Cuma mungkin diri saya ini yang serba kekurangan yang mungkin menjadi faktor kegagalan dalam mengaplikasikan apa yang diajar..tapi belum cuba belum tahu kan...insya-Allah kita cuba sedikit demi sedikit. Yang penting istiqamah..betul tak.

Jadi, nak kongsi serba sedikit isi kandungan buku ini:
  • Helping children deal with their feeling
    • Menurut buku ini, kita sebagai ibu bapa harus mengakui apa yang anak-anak rasa. Kita tidak seharusnya menafikan apa yang anak-anak rasa. Contoh macam bila seorang anak mengatakan 'tak best la kawan dengan si A ni', kita seharusnya mendengar dan memahami serta mengakui apa yang diperkatakannya. Mungkin apa yang dikatakannya itu salah, mungkin juga benar, tapi sebelum kita membuat kesimpulan, dengarlah dengan penuh perhatian dulu. Insya-Allah, anak-anak akan rasa perasaannya dihargai..
  • Engaging cooperation
    • Menurut buku ini, ada 5 cara untuk mendapatkan kerjasama dari anak-anak
      • Terangkan masalah yang kita nampak. Contoh : 'Lampu dalam bilik air terbuka.'
      • Beri maklumat. Contoh :'Membiarkan lampu terbuka begitu sahaja adalah membazir'
      • Berkata dengan perkataan. Elakkan membebel. Contoh : 'Adik, lampu!'
      • Terangkan apa yang kita rasa, instead of sikap anak yang kita tidak suka. Contoh :'Mama rasa sedih bila mama sedang bercakap dan tak boleh habiskan apa yang mama nak cakap'
      • Tuliskan nota. Kadang-kadang anak-anak lebih suka baca apa yang kita tulis dari apa yang kita cakap. Kalau anak-anak belum tahu membaca, ini adalah peluang untuk dia belajar membaca juga...Saya suka sangat,sangat, sangat skill yang ini... :)
  • Alternatives to punishment
    •  Hukuman boleh menyebabkan timbulnya rasa dendam, benci, rasa tak berharga, kecewa. Instead of menghukum, mungkin kita boleh cuba cara-cara begini:
      • Tunjukkan cara yang lebih membantu
      • Maklumkan 'disapproval' dengan tegas tanpa menyerang sikap anak
      • Nyatakan apa yang kita harapkan
      • Tunjukkan pada anak-anak bagaimana nak betulkan kesalahan yang telah dilakukan
      • Tawarkan pilihan
      • Bertindak
      • Berbincang dan dapatkan pandangan anak-anak dalam menyelesaikan masalah yang ada
  • Encouraging autonomy
    • Ajar anak-anak untuk 'independent'. Antara cara-caranya:
      • Biarkan mereka membuat pilihan
      • Hormat dan akui susah payah anak-anak dalam membuat sesuatu perkara walaupun pada kita perkara itu senang sahaja
      • Jangan tanya banyak soalan
      • Jangan berikan jawapan secara terus. Kadang-kadang anak-anak dah ada jawapan, cuma tak terfikir..
      • Galakkan anak-anak menggunakan sumber lain contoh internet ke, cikgu di sekolah ke..
      • Jangan patahkan harapan anak-anak. Biarkan mereka cuba
  • Praise
    • Puji dengan penerangan apa yang anda nampak
    • Terangkan apa yang kita rasa bila anak-anak buat sesuatu yang kita suka. Contoh:Kemas katil sendiri
    • Berikan satu perkataan untuk sikap anak yang baik. Contoh : 'Kamu makan sedikit sahaja gula-gula dari dalam bekas ini walaupun kamu suka sangat-sangat kalau dapat makan banyak. Maknanya, kamu telah berjaya MENGAWAL diri kamu'
  • Freeing children from playing roles
    • Cari peluang untuk anak-anak melihat dirinya yang lain. Kalau selalu kita kata anak ni suka buat sepah, kita cari satu contoh di mana dia seorang pengemas. 
    • Letakkan anak-anak dimana dia boleh melihat dirinya yang positif. Ambil contoh di atas, kita ajak dia mengemas.
    •  Biarkan anak terdengar kita puji dia depan orang lain.
    • Jadi model pada anak-anak untuk sikap-sikap yang kita nak dia ada
    • Ceritakan sikap-sikap baik anak yang dulu-dulu
    • Bila anak-anak masih bersikap seperti dulu, terangkan apa yang kita rasa dan beritahu harapan kita
Buku ni banyak suruh kita put our self in our kids shoes and rasa apa yang mereka rasa bila kita marah-marah diorang, bebel-bebel diorang, cakap sesuatu yang mengguris perasaan mereka, tak faham apa diorang rasa etc.

Really a good book dan saya rasa most parent kene jadikan buku ni part of our reference. Memang bukan senang nak berubah, tapi andai perubahan boleh memberikan kebaikan, tak salah mencuba and that's what i really really really wanna try...

So itu je perkongsian kali ini, kalo ada yang nak pinjam (within my office building je ye), meh la bagitahu saya...

Sekadar pandangan yang tak seberapa dari saya... Have a wonderful weekend semua....


1 comments:

Smiley said...

thanks for sharing
very useful

Post a Comment

Glad to her from something from you...:)